KemanusiaanKerohanianSemasa

Wujud skim hargai pewakaf

Lonjak kerja-kerja kebajikan dalam kalangan umat Islam

Kuala Lumpur: Sudah sampai masanya pihak berwajib mewujudkan skim tertentu bagi menghargai pewakaf yang bermurah hati mewakafkan harta mereka ke jalan akhirat.

Ia dapat dijadikan simbolik untuk melahirkan lebih ramai insan yang berjiwa pemurah luar biasa serta memahami maksud sebenar sedekah ke jalan Allah SWT.

Penasihat Syariah dan Pakar Kewangan Islam, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, dengan adanya skim berkenaan, ia akan melonjakkan lagi kerja-kerja kebajikan dalam kalangan umat Islam di negara ini untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
Apabila mati anak Adam, maka terputuslah seluruh amalnya. Kecuali 3 perkara akan terus mengalir walaupun setelah kita meninggal.
Sedekah jariyah
 Ilmu yang bermanfaat
Anak yang mendoakannya
(HR Muslim)
Memetik Harian Metro katanya, individu berjiwa luar biasa yang mewakafkan harta bernilai jutaan ringgit adalah orang yang merasai betapa gembiranya jiwa bila berwakaf.
“Orang yang memberi itu jiwanya lebih gembira daripada yang menerima. Kita selalu nampak sebaliknya, tetapi itu yang berlaku.

 

“Ramai yang dengan rela mewakafkan aset serta harta mereka, tanpa sebarang rasa kesal kerana mereka memperoleh perasaan yang tidak boleh digambarkan.

“Sampai masanya juga subjek Filantropi yang berkaitan rasa kasih dan kedermawanan diterapkan di sekolah dan universiti untuk memupuk rasa berkebajikan di dalam diri anak-anak,” katanya.

Katanya, perlu ada suri teladan yang diiktiraf bagi mengangkat wakaf sebagai satu bentuk kebajikan terutama bagi golongan muda.

“Ia penting supaya boleh dijadikan rujukan pada setiap masa. Biasanya bila seseorang itu sudah tiada, baru kita tahu betapa banyaknya dia membantu orang lain,” katanya.

Ahad lalu, media melaporkan keluhuran hati seorang dermawan, Allahyarham Ir Mohd Mazlan Md Ismail yang mewakafkan banglo kediaman dan kebun seluas 1.72 hektar di Sungai Penchala selepas kematiannya.

Dia yang meninggal dunia kelmarin di rumahnya akibat penyakit jantung mewakafkan hartanya itu untuk bekalan akhirat.

Permohonan wakaf khas itu dibuat kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk dua bidang hartanah pada November 2011.

Ia kini dikenali sebagai Darul Ilmi, sebuah pusat pengajian agama secara intensif kepada warga emas secara kaedah pondok moden.- Harian Metro

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button