DuniaSemasa

2 gempa bumi kuat gegar Selatan Sumatera pagi ini

Tiada ancaman tsunami

JAKARTA – Dua gempa bumi kuat menggegarkan bahagian selatan Sumatera, Indonesia pagi tadi.

Gegaran dilaporkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia@malaysianmet berkata gempa berkekuatan7 pada skala Richter itu berlaku 131 kilometer Barat Daya dari Bengkulu, Indonesia dan tidak menyebabkan ancaman tsunami dikeluarkan.
Kedua-dua gempa bumi masing-masing berkekuatan 6.8 dan 6.9 pada skala Richter, berlaku selang enam minit selepas gegaran pertama pada jam 5:23 minit pagi tadi waktu tempatan.

Agensi AFP menyebut, Sistem Pengurangan dan Amaran Tsunami Lautan Hindi berkata tiada ancaman kepada negara-negara sekitar.

Pada tahun 2018, gempa berukuran 7.5 menggegarkan Sulawesi mengakibatkan 4,300 orang maut.

Manakala gempa dahsyat di Sumatera pada tahun 2004,  meragut 200,00 nyawa hilang manakala di rantau itu termasuk lebih 170,000 orang di Indonesia.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button