DuniaKerohanianSemasa

Selepas Hagia Sophia , Muzium Kariye pula bertukar masjid

Greece anggap satu provokasi

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat (21 Ogos) mengarahkan sebuah lagi gereja lama Ortodoks yang dijadikan sebagai sebuah masjid.

Malah sebagai sebuah muzium yang popular di Istanbul itu ditukar semula menjadi sebuah tempat ibadah bagi umat Islam.

Keputusan untuk mengubah Muzium Kariye menjadi sebuah masjid dibuat sebulan selepas transformasi Hagia Sophia, sebuah tapak warisan UNESCO,yang juga merupakan bekas sebuah gereja, diubah menjadi masjid.

Kedua-dua perubahan itu mencerminkan usaha Erdogan untuk mengukuhkan sokongan daripada para penyokongnya yang bersifat konservatif dan nasionalis di saat Turki sedang bergelut dengan inflasi dan ketidaktentuan ekonomi disebabkan oleh COVID-19.

Langkah tersebut bagaimanapun akan meningkatkan lagi ketegangan antara Turki dengan Greece dan gereja-geraja Ortodoks di negara itu.

Kementerian Luar Greece menyifatkan keputusan itu sebagai “satu lagi provokasi terhadap para individu yang beragama” oleh pemerintah Turki.

Mahkamah negara itu membenarkan penukaran status muzium berkenaan kepada masjid pada November tahun lalu.

Sejarah bangunan berusia 1,000 tahun itu hampir sama dengan Hagia Sophia yang terletak di bahagian barat muara Golden Horn di bahagian Istanbul yang terletak berdekatan dengan Eropah.

sumber :Turkey Holiday Diary

Gereja The Holy Saviour di Chora itu adalah sebuah gereja purba zaman Byzantin abad ke-14 yang dihiasi dengan lukisan dinding yang amat dihargai oleh dunia Kristian.

Ia kemudian ditukar menjadi Masjid Kariye setengah abad selepas penaklukan Konstantaniah oleh Empayar Uthmaniyyah Turki pada 1453.

Bangunan berwarna seperti warna pasir itu yang dilihat pada masa ini itu adalah sebahagian daripada struktur biara yang dibina pada abad keempat ketika Constantinople baru dijadikan ibu negara kepada Empayar Roman.

Ia dihiasai dengan menara pada satu bahagiannya dan kubah, sama seperti yang dilihat di masjid utama lain yang terdapat di Istanbul.

-AFP

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button