DuniaSemasa

Kin Myo Chit, 7 tahun ditembak mati tentera Myanmar

Mangsa termuda konflik politik Myanmar

YANGOON 24 Mac : Seorang kanak-kanak perempuan ditembak oleh tentera Myanmar di rumahnya di bandar Chan Mya Thazi semalam.

Kejadian tersebut menyaksikan Kin Myo Chit, yang berusia 7 tahun itu sebagai mangsa termuda yang menjadi mangsa akibat pergolakan politik di negara itu.

Dalam satu kenyataan, Save the Children mengatakan insiden tragis kematian gadis itu berlaku sehari selepas seorang budak lelaki berusia 14 tahun dilaporkan mati ditembak di Mandalay.

Menurut kakak mangsa, pasukan tentera melepaskan tembakan ke arah bapa mereka, namun tersasar dan mengenai adiknya yang ketika itu duduk di atas riba lelaki itu di rumah mereka.

Tunjuk perasaan rampasan kuasa di Myanmar

“Kematian kanak-kanak ini menyedihkan kerana mereka dilaporkan terbunuh ketika berada di rumah, di mana mereka seharusnya selamat dari bahaya. Begitu banyak kanak-kanak dibunuh hampir setiap hari sekarang menunjukkan pengabaian sepenuhnya terhadap nyawa manusia oleh pasukan keselamatan,” – Kumpulan Hak Asasi Save the Children

Tentera berkata, seramai 164 orang telah terbunuh dalam tunjuk perasaan yang berlangsung di negara ini tetapi aktivis Assistance Association for Political Prisoners (AAPP) mendakwa jumlah kematian mencecah sekurang-kurangnya 261 orang.

Pada 3 Mac lalu, seorang remaja berusia 19 tahun, Kyal Sin yang menyertai demonstrasi rampasan kuasa terkorban akibat tertembak di kepala ketika menyertai demonstrasi antikudeta.

Digelar Puteri Demokrasi Myanmar, Kyak Sin atau angel menjadi sebutan orang ramai kerana semangat beliau dalam perjuangan untuk membebaskan idola demokrasinya, Aung San Suu Kyii dan turut serta bertempur dengan pihak polis dan tentera.

Kematiannya kini ditangisi dunia terutamanya kepada pecinta demokrasi, Kyal Sin juga kini menjadi simbolik baru perjuangan aktivitis demokrasi di bumi Myanmar.

– REUTERS

Oleh Pelatih Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button