Semasa

Aishah, 5 anak-anak disemadi dalam satu liang lahad

Termasuk seorang bayi 4 bulan

SRI AMAN : Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, Seri Aman, Sarawak pilu dengan pengkebumian mangsa pacuan empat roda yang terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar, di Pangkalan Feri Triso.
Jenazah Siti Aishah Abdullah, 36, yang terkorban dalam tragedi itu dikebumikan pada jam 6.22 petang semalam dalam satu liang lahad.
Pengkebumian enam beranak di dalam satu liang, mangsa pacuan empat roda tergelincir di Sungai Batang Lupar
Siti Aishah pergi buat selama-lamanya bersama-sama dengan lima anaknya iaitu Nor Shuhada binti Mohamad Hamzah, 16, Khairunnisa, 14,  Mohd Aiman, 7;  Muhd Mustaqim, 5  serta  Mohd Ahmad, yang hanya baru berusia empat bulan.
Semua jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Bandar Sri Aman sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Suaminya Mohamad Hamzah Razali, walau sedih namun tampak tenang dengan pemergian hampir kesemua ahli keluargnya.

Mohd Hamzah sendiri berada di dalam liang menurunkan jenazah isteri dan anak-anaknya.

Pengebumian mangsa turut dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai mereka.

Bapa mangsa, Mohd Hamzah Razali meminta jenazah isteri dan anak-anaknya itu untuk dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.

Hamzah sendiri turut membantu menurunkan jenazah ahli keluarganya.

Turut terkorban dalam tragedi itu ialah adik Siti Aishah iaitu Lorna Ting, 33, serta dua anaknya, Alvin Phang, 12 dan Wallace Phang, 7.

Difahamkan mayat Lorna serta dua anaknya itu akan dibawa pulang ke Sibu malam tadi sejurus selesai proses bedah siasat di Hospital Sri Aman.

Tiga mangsa yang beragama Kristian itu akan dikebumikan di Nirvana Sibu Memorial Park, Jalan Sibu-Bintulu, pagi ini.

Dalam kejadian 3.30 petang Jumaat 1 Dis, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh Lorna telah terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar, di Pangkalan Feri Triso, kira-kira 100 km dari Sri Aman, ketika menunggu untuk menaiki feri.

Semua mangsa itu mempunyai pertalian kekeluargaan dipercayai dalam perjalanan dari Sibu, kira-kira 200km dari lokasi tragedi, ke bandar raya Kuching sebelum kejadian.

   

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button