Covid19Semasa

Covid-19 : kes menurun kembali 3 angka

Netizen lega!

PUTRAJAYA: Alhamdulillah! Setelah beberapa hari kes positif COVID-19 berada pada empat angka, hari ini angka menurun dicatat dan kembali kepada tiga angka!

Sebanyak 660 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 50,309 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 12,814 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, terdapat empat kes import yang dikesan mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dua kes dari Turki dan masing-masing satu kes dari India dan Arab.

Tan Sri Dr Noor Hisham turut memaklumkan empat kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian disebabkan oleh COVID-19 sebanyak 322 kes bersamaan 0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, kes kematian itu masing-masing dua dikesan di Ipoh, Perak dan Sandakan, Sabah membabitkan tiga wanita dan seorang lelaki berusia antara 59 hingga 80 tahun yang mempunyai penyakit kronik seperti strok, darah tinggi, dislipidemia dan artritis reumatoid.

Sementara itu, sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 630 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini sebanyak 37,254 kes bersamaan 73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sementara itu tinjauan di laman Facebook Kementerian Kesihatan menunjukkan komen netizen atas kelegaan mereka dengan penurunan angka itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button