KerohanianSemasa

Masjid rosak dibadai ombak

Ditutup serta-merta

BETONG:

 

Dibadai ombak, dan banyak yang rosak, Majlis Islam Sarawak (MIS) mengarahkan  Masjid Darul Ihsan di Kampung Semarang, Pusa ditutup berkuatkuasa serta merta.

Satu video tular di laman sosial Facebook menunjukkan keadaan dalam masjid yang bagaikan kapal pecah.

Setiausaha MIS, Ustaz Khalidi Ibrahim berkata, tindakan menutup masjid itu perlu dilakukan atas faktor keselamatan jemaah.

Beliau berkata, bermula hari ini, penduduk kampung berkenaan boleh menggunakan Surau An-Nur di Kampung Sungai Durian Semarang untuk solat berjemaah, solat Jumaat atau sebarang aktiviti keagamaan.

“Pegawai masjid (Masjid Darul Ihsan) seperti imam, bilal dan marbot hendaklah bertugas di Surau An-Nur sehingga masjid baharu siap dibina.”

“Pembinaan masjid baharu Kampung Semarang dengan kos RM2.5 juta sudah dimulakan pada awal tahun ini dan dijangka siap pada tahun 2022,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Masjid Darul Ihsan rosak teruk selepas dibadai ombak ketika fenomena air pasang besar, Sabtu lalu.

Masjid berkenaan terdedah kepada ombak laut selepas berlaku hakisan teruk sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, kedudukan asal masjid itu agak jauh dari pantai, namun dalam tempoh beberapa tahun lalu hakisan berlaku dengan cepat dan kini menghampiri masjid berkenaan.

Benteng yang dibina sebelum ini gagal menahan hakisan itu turut merosakan tanah perkuburan yang terletak berdekatan masjid.

– Siti Zulaikha Yusri

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button