Dunia

Pengebom nekad letupkan diri

20 cedera

KABUL : [VIDEO] Pengebom nekad meragut sekurang-kurangnya 13 nyawa dan mencederakan 20 yang lain, termasuk kanak-kanak.

Letupan berlaku di luar pusat pendidikan di kawasan kejiranan padat di barat Kabul.

Kementerian Dalam Negeri berkata, serangan berlaku lewat tengah hari di pusat yang menawarkan latihan dan kursus pendidikan tinggi di barat Kabul.

“Pengebom nekad cuba memasuki pusat pendidikan berkenaan,” – Tareq Arian, jurucakap Kementerian Dalam Negeri

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Tariq Arian berkata penyerang nekad itu cuba untuk memasuki pusat pendidikan terbabit namun berjaya dihalang pihak pengawal keselamatan.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Taliban juga menolak sebarang kaitan dengan kejadian.

Terdahulu, di pagi Ahad satu letupan bom berasingan membunuh sembilan orang di timur Afghanistan selepas merempuh sebuah minivan sarat penumpang.

Dua orang pegawai polis maut.

AGENSI

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button