DuniaKerohanian

Kasut khas bagi kutuk Trump, Biden

“Kasut menjejak tanah, habuk dan kekotoran. Jika kita menulis nama seseorang pada kasut, ia juga akan kotor. Ia menandakan bagaimana kita menilai individu itu.”

RAMALLAH, PALESTIN — Imad Mohammad merupakan seorang tukang kasut di Palestin yang memilih untuk meletakkan nama Donald Trump dan Emmanuel Macron dalam kaligrafi Arab atas rekaannya. Katanya dia memilih untuk meletakkan nama kedua-dua pemimpin tersebut kerana mereka ‘mengganggu kaum dia’.

“Kasut menjejak tanah, habuk dan kekotoran. Jika kita menulis nama seseorang pada kasut, ia juga akan kotor. Ia menandakan bagaimana kita menilai individu itu.”

Pada awalnya, beliau melancarkan rekaan khas itu untuk Trump selepas pemindahan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis pada Mei 2018. Langkah itu dibuat selepas Trump mengakui Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel yang lalu mencetus kemarahan rakyat Palestin.

Kasut tersebut berharga 200 shekel (AS$ 50) sepasang dan diperbuat oleh kulit tulen yang “lebih asli berbanding dengan dia (Trump),” kata Imad.

Gambar – Agence France Presse, AFP

Minggu lalu, Mohammad mulakan satu projek baharu angkara kenyataan pertahanan Emmanuel Macron atas kartun karikatur Nabi Muhammad SAW dan hak bebasan bersuara.

“Kenapa, Macron? Kenapa menyerang seorang nabi yang sudah wafat 1,500 tahun lalu?

“Sebagai orang Muslim, saya menolak penghinaan ini. Dia (Macron) patut mohon maaf kepada orang Islam dan negara Islam.”

Setiap warga AS dan Perancis yang masuk ke kedainya di Ramallah akan nampak beberapa poster supaya mereka meminta maaf atas perbuatan perdana menteri dan presiden mereka.

Gambar oleh Abbas Momani, AFP

Namun, Mohammad berkata dia akan turunkan salah satu poster jika Naib Presiden Joe Biden menang dalam pilihan raya Amerika Syarikat hari Selasa (3 November 2020) dan ‘membatalkan’ polisi-polisi Trump.

Katanya, “Saya tidak akan turunkan permintaan untuk mohon maaf dari rakyat Amerika selagi pilihan negara mereka [untuk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel] diubah. Jika Biden ubah pilihan itu, saya akan turunkan tanda itu dan rasa gembira.”

Olahan terjemahan –  Siti Zulaikha Yusri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button