KemanusiaanKerohanian

Perginya seorang srikandi MAPIM!

Jasa beliau tidak terbalas.....

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
Sesungguhnya daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, (MAPIM Malaysia), menerima khabar duka pemergian seorang sukarelawan MAPIM, Allahyarham Prof. Dr. Zaharah Mohamed Said, 58, yang kembali ke rahmatullah malam tadi.
Allahyarham meninggal dunia di di Hospital Jempol akibat serangan jantung, dalam perjalanan pulang ke Kajang setelah mengelolakan kursus kesihatan wanita di Kolej Komuniti Jengka, Pahang.
Prof. Dr Zaharah aktif dalam program yang dianjurkan MAPIM seperti Bandar Tun Razak Berselawat, dan baru-baru ini menyertai misi Jelajah Peduli Ummah: Covid-19.
Beliau juga sering menjejaki asnaf serta golongan miskin terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.
Usia bukan penghalang buat beliau untuk terus memberi khidmat kepada Ummah, menyantuni masyarakat setempat, golongan asnaf dan miskin serta rakyat yang hidup susah terutama yang terkesan akibat PKP.
Allahyarham Prof. Dr. Zaharah pernah berkhidmat sebagai Ketua Biro Wanita, Pendidikan dan Keusahawanan Parlimen Bandar Tun Razak. Pastinya masyarakat akan merasai kehilangan beliau yang mesra dan sering membantu dalam apa jua keadaan sekalipun.
Menurut Aktivis MAPIM Malaysia, Kapten Bersekutu (PA) Mohd Shukri Othman, Allahyarham semalam petang dihubungi beliau, dan bersetuju untuk menyertai khidmat perubatan melalui Bas Klinik Bergerak MAPIM, namun hajat Prof. Dr. Zaharah tidak kesampaian.
Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kantan, Kajang selepas Asar.
MAPIM Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Sama-sama kita mendoakan agar segala amalan Allahyarham Prof. Dr Zaharah, diangkat Allah SWT sebagai jariah yang berpanjangan.
Didoakan semoga Allah mengampuni dosa, merahmati dan mengasihi beliau serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh dan solehah
– AL FATIHAH

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button