Semasa

Jiran jadi hero selamatkan keluarga daripada kebakaran

Orang Islam sudah biasa dengan ajaran al-Quran ini, namun hanya sedikit daripada kita yang mendapat peluang bagi mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Dan individu ini mengamalkannya.

Ruhul Khan dengan beraninya memasuki rumah jirannya apabila kebakaran berlaku, menyelamatkan ibu bapa dan anak kurang upaya mereka yang terperangkap di dalam rumah.

Ekoran peristiwa itu, keluarga itu menulis nota terima kasih kepada Ruhul, yang disiarkannya di media sosial.

“Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa kami rasa bersyukur dengan tindakan anda yang tidak mementingkan diri dan melebihi apa yang kami harapkan.

“Kami mengucapkan terima kasih dari lubuk hati kami yang paling dalam atas bantuan anda semua semasa kebakaran.

Kesediaan anda untuk membantu, walaupun semasa Covid ini, adalah kebaikan yang sebenar, dan kami terhutang budi atas semua bantuan anda.

Walaupun dalam kesukaran Covid-19, kebaikan anda membantu adalah tindakan yang mengagumkan dan murah hati, kami terhutang budi kepada anda.

“Terima kasih kepada Khan dan Ruma (maaf jika salah ejaan) kerana sanggup mempertaruhkan nyawa untuk membantu kami.

“Bagi pihak keluarga saya (dan penduduk), kami ingin merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan anda sepanjang masa sukar ini.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu yang pertama kali melihat kebakaran itu; anda adalah penyelamat, dan kami akan berterima kasih selama-lamanya atas kebaikan anda.”

“Terima kasih, tidak banyak lagi yang boleh kami lakukan membalas tindakan anda yang tidak mementingkan diri sendiri, jadi terimalah terima kasih kami yang tulus.”

Ruhul tidak menganggap perbuatannya heroik, ia sesuatu yang kita semua harus lakukan untuk orang lain.

Menerusi hantaran Ruhul di Facebook, “Saya sangat percaya pada perbuatan baik, tidak kira besar ataupun kecil. Sudah menjadi kewajipan saya untuk berkhidmat kepada jiran, melindungi komuniti saya dan orang ramai.”

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button