Covid19EkonomiSemasa

`Umpamakan golongan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang!’

Perkasakan PENJANA - DPPCT

KUALA TERENGGANU : Kerajaan diminta mengambil kira kepentingan rakyat mengharapkan gaji harian pada Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Presiden Kehormat Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (DPPCT), Datuk Tok Teng Sai berkata, golongan diumpamakan sebagai ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ itu termasuk petani, nelayan, penternak serta peniaga kecil yang amat terkesan susulan penularan pandemik Covid-19.

Justeru, katanya, pemerkasaan kaedah sedia ada seperti peluasan inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu meringankan bebanan golongan itu antara langkah terbaik perlu dilaksanakan.

“Kaedah bantuan diberikan secara terus kepada golongan diumpamakan kais pagi makan pagi, kais petang makan perlu diteruskan bagi membantu meringankan bebanan mereka.”

“Sudah pasti, Belanjawan 2021 ini sangat mencabar terutama dalam usaha kerajaan menangani penularan pandemik Covid-19” – Presiden DPPCT, Datuk Tok Teng Sai

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengutamakan kepentingan rakyat terutama golongan miskin apabila Belanjawan 2021 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Jumaat depan.

Katanya, kerajaan diminta tidak terlalu bergantung kepada hasil petroleum untuk menjana pendapatan kepada kerajaan, sebaliknya sektor pelancongan mampu memberi pulangan secara terus kepada rakyat dan negara.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button