BanjirSemasa

Sarawak diramal terima hujan lebat & ribut petir

Terutama Kuching, Samarahan, Serian, Seri Aman

KUALA LUMPUR : Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di kebanyakan kawasan di Sarawak.

Antara kawasan yang diramal menerima hujan lebat itu ialah Kuching, Samarahan, Serian, Seri Aman.

Amaran tahap jingga itu dijangka berterusan sehingga esok.

Sementara itu Betong , Sarikei, Sibu dan Mukah pula dijadual mengalami hujan.

Kawasan Kota Samarahan juga kini telah pun dinaiki air.

Mengikut portal Sarawakariktok, air membanjiri kawasan perumahan di kampung baru di Kota Samarahan.

 

Dalam pada itu amaran berjaga-jaga tahap kuning juga dikeluarkan oleh MetMalaysia di Sabah.

Antaranya di Sandakan dan Kudat.

Pada kenyataan jam 5:00 petan tadi pula, MetMalaysia meramalkan ribut petir di Miri dan Limbang.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button