DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Hari ke-5 pembunuhan rakyat Palestin, Biden masih berdiam

Hantar wakil ke Timur Tengah

WASHINGTON : Memasuki hari ke-5 pembunuhan rakyat Palestin di Gaza, kerajaan Amerika Syarikat dipimpin Presiden Joe Biden hanya menghantar wakil diplomat paling kanan dari Jabatan Negara itu ke Timur Tengah.  Setakat ini itu sahaja reaksi segera yang dilakukan oleh negara Uncle Sam dalam usaha menghentikan konflik Israel-Palestin itu.

Penghantaran wakil berkenaan diumumkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken.

Presiden Biden menghadapi desakan berterusan terhadapnya untuk menghentikan keganasan dan pertempuran berdarah yang semakin memuncak itu dengan jumlah kematian yang semakin meningkat.

Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Timur Tengah, Tor Wennesland Rabu lalu memberi amaran bahawa krisis yang terkini di Gaza itu bakal mencetuskan perang secara penuh.

Setiausaha Akbar White House, Jen Psaki tidak menjawab soalan wartawan Rabu lalu mengenai sama ada akan membuka semula kemudahan diplomatik. Sebaliknya kata beliau, Biden akan mencadangkan nama dan orang yang sesuai untuk menjadi wakil ke Israel, dalam beberapa minggu akan datang.

Manakala sebanyak 25 panggilan telefon di peringkat pemimpin atasan mengenai konflik Israel dan Palestin. Sepanjang tempoh itu, Rabu (12 Mei) ialah panggilan terbanyak dilakukan iaitu 10 panggilan sehari pada Jumaat.

Biden pada Rabu lalu memberitahu, pada jangkaannya krisis itu akan reda secepat mungkin.

Sehingga ke hari ini Biden membisu seribu bahasa.

__________________________

Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button