Sukan

JDT umum kerjasama dengan UNICEF

Kelab pertama di Asia sebaris Barcelona, MU

JOHOR BAHRU : Sejarah baharu bola sepak Malaysia tercipta apabila  Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bekerjasama di arena antarabangsa dengan agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNICEF.

JDT juga menjadi kelab pertama Asia yang bekerjasama dengan organisasi terkemuka badan dunia itu.

Johor Darul Ta’zim lebih mengutamakan kelab itu untuk meningkatkan nilai komersial di peringkat global, berbeza dengan pasukan lain yang tampak begitu gemar memborong pemain untuk saingan Liga Malaysia pada musim depan.

Dr Rasheed (kanan) menyerahkan baju berimejkan logo UNICEF kepada Tunku Ismail (kiri) sebagai tanda simbolik kerjasama antara UNICEF dan JDT pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. pic: Rizar Mohd Noor/BH

UNICEF merupakan sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

Kelab bola sepak antarabangsa seperti Barcelona dan Manchester United turut bekerjasam dengan organisasi terkemuka itu.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga merupakan pemilik JDT menganggap ia satu penghormatan tertinggi buat JDT apabila dapat bekerjasama dengan UNICEF sekali gus meningkatkan lagi nilai komersial kelab tersebut di serata dunia.

“Ia pengiktirafan tertinggi dan Kerjasama berkenaan adalah untuk setahun dan bakal diteruskan untuk tahun seterusnya. – Tunku Ismail Sultan Ibrahim / pemilik JDT

“Malah proses mendapat kerjasama dengan UNICEF, kami mengadakan dua kali pertemuan. Selepas itu sebanyak tujuh kali ditapis oleh badan itu yang berpusat di Geneva, Switzerland,” kata Tunku Ismail pada majlis memeterai kerjasama dengan UNICEF di ibu pejabat JDT.

Logo UNICEF juga kemungkinan akan dipamerkan pada jersi baharu JDT untuk musim 2021 dan pasti dinanti-nantikan oleh para penyokong setia pasukan itu.

Tunku Ismail ketikan mengumumkan kerjasama dengan UNICEF. pic: PenggerakDaily

‘Brand awareness’ juga bermaksud pengiktirafan bahawa peranan JDT adalah lebih besar daripada hanya sebuah kelab bola sepak,” –

“Kerjasama itu amat sesuai dengan JDT. Bukan sahaja kami fokuskan kepada sukan bola sepak tapi juga akan beri fokus kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR), Malah kami mahu bukan saja kejayaan di dalam padang tetapi juga di luar padang,” kata Tunku Ismail.

-Muhammad Arshad Azmi (Pelajar Fakulti Animasi UITM)

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button