Sukan

Jalani ujian doping, ramai meneka kemunculan semula Khabib?

Walau pun sudah bersara

LOS ANGELES :  Apakah Khabib ke arena kembali?

Sekalipun sudah mengumumkan persaraan daripada saingan UFC.Khabib Nurmagomedov mendedahkan dia masih menjalani ujian doping.

Juara lightweight itu, berkata ia adalah ujian ke-47 yang dilakukannya dengan Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) sejak 2015.

Khabib memuat naik satu gambar di media sosial, instagramnya dengan beberapa dokumen di atas meja dipercayai borang bagi melakukan ujian berkenaan.

Keterangan gambar itu menyatakan:
“Ini adalah kali ke-47 sejak 2015 saya menjalani ujian doping dengan USADA.  Cuba fikir mengenai angka ini.”

Masa depan atlet seni bela diri campuran berusia 32 tahun itu dalam saingan UFC masih mencetuskan tanda-tanya biarpun dia mengumumkan persaraannya selepas merekod kemenangan 29-0 dengan mengalahkan Justin Gaethje, 31, Oktober lalu.

Ia adalah pertarungan pertamanya sejak bapa yang juga mentornya, Abdulmanap meninggal dunia pada usia 57 tahun, Julai lalu akibat jangkitan Covid-19.

Atlet dari Rusia itu mengakui dia tidak boleh lagi bertarung tanpa kelibat mentornya itu.

Bagaimanapun, Presiden UFC, Dana White percaya Khabib akan membuat kemunculan semula bagi merekodkan kemenangan ke-30 yang turut menjadi impian bapanya. – AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button