KerohanianSukan

“Mari hentikan Islamofobia dengan kebaikan” – Ozil

Menjawab sentimen anti-Islam dengan baik

Umat Islam di dunia ini digesa untuk “melucutkan senjata Islamofobia dengan baik.”

Kata-kata itu bukan datangnya daripada seorang agamawan sebaliknya daripada seorang pemain bola sepak berketurunan Turki dan kini berada di Jerman – Mesut Ozil.

Ozil menyatakan demikian di dalam catatan di akaun Twitternya dengan memetik sepotong ayat al – Quran yang berbunyi ,  “Baik dan jahat tidak dapat setara. Balas kejahatan dengan yang terbaik, maka orang yang sedang bersengketa akan menjadi seperti dekat taman.”

Tambah Ozil di dalam ciapan itu “Sayangnya Islamofobia dan Anti-Islam berkembang di Eropah dan di bahagian lain dunia dengan media memainkan peranan besar dalam hal itu.”

Ozil menambah, segala pandangan seroang terhadap Islam serta dengan Islamophobia yang melanda dunia kini, ialah bukan dengan memperkuatkannya sebaliknya membuat gencatan senjata dan terus melakukan kebaikan, tegas pemain tengah berusia 31 tahun itu.

Özil bergabung dengan pasukan Liga Perdana Inggeris, Arsenal pada tahun 2013 dan telah menjaringkan 44 gol dengan 77 bantuan  dalam 254 perlawanan untuk The Gunners.

Dia juga pernah bermain untuk Jerman Schalke dan Werder Bremen serta gergasi Sepanyol Real Madrid.

Özil juga merupakan sebahagian daripada skuad pemenang Piala Dunia 2014 Jerman.

Ozil adalah antara pemain bola sepak yang lantang dalam memperjuangkan mengenai Islam.

Kelantangannya itu dikatakan antara punca beliau dikeluarkan oleh Pengurus, Mikel Arteta, daripada barisan skuad kelab Arsenal.

Bagai kayu mati Ozil dilihat tidak bersaing di Liga Inggeris dan Liga Eropah musim ini.

Tindakan itu turut dipertikai rakan sepasukan Lukas Podolski kerana baginya Ozil masih mampu memberi umpan dan berbisa untuk pasukan.

-Muhammad Zulfikre Ali ( Pelatih Fakulti Animasi UiTM)

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button