SemasaSukan

“Jangan sampai kena sebat”!

KUALA LUMPUR: Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei turut mengajak rakyat negara ini agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) susulan peningkatan kes COVID-19.

“Kawan-kawan, kes semakin banyak. Ingat, mesti pakai mask (pelitup muka) bila keluar. Ikut SOP. Imbas (aplikasi) MySejahtera. Jangan sampai kena sebat,” kata bekas pemain nombor satu dunia menerusi entri di Facebook miliknya, hari ini.

Perdana Menteri dilaporkan menegaskan hukuman akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pula memaklumkan jumlah kes COVID-19 di Malaysia menghampiri 14,000 kes apabila merekodkan 489 kes baharu hari ini.

– bharian.com.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button