InspirasiSemasa

Perginya seorang murabbi, Ustaz Nasir Haji Othman

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن.

BUKIT BESAR : Rabu, tepat jam 4.20 pagi, Murabbi Ustaz Nasir Haji Othman yang telah banyak berjasa sebagai seorang pendidik dan dihormati dalam kalangan anak muridnya telah menghembuskan nafas yang terakhir.

Ustaz Nasir atau lebih dikenali sebagai ‘Cik Pi’ oleh kenalan rapatnya merupakan mantan pengetua Sekolah Menengah Agama Nahdzah Batu 12 Bukit Besar, Yan, Kedah.

Berita dukacita itu dikongsikan melalui akaun Facebook “Alumni Pondok Pak Man”.

“Mantan pengetua SMA Nahdzah telah kembali ke rahmatullah pada 14 Rejab 1443 jam 4.20 pagi.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” menurut hantarannya di Facebook.

Ruangan komen di Facebook dibanjiri dengan ucapan takziah dan luahan perasaan sedih serta titipan doa dan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Salah seorang bekas anak muridnya berkongsi gambar kenangan bersama Allahyarham menerusi akaun Facebook Amin Ismail Al Kedahi yang menganggap Ustaz Nasir sebagai ayah, guru dan juga sahabat.

“Dialah ayah, dialah guru, sahabat…menjadi asbab dengan izin Allah SWT untuk aku belajar di SMA Nahdzah sewaktunya menjadi pengetua.

“Allahuakbar! Saat aku menerima panggilan memaklumkan kematian ini, air mataku bercucuran tidak henti² mengenangkan kebaikannya. Ustaz dah banyak bantu saya, dari remaja sampai dewasa.. moga amal solehmu ketika dalam bidang pendidikan, siasah, dan segalanya, menjadi penemanmu di sana,” katanya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button