Semasa

Bantuan Mapim tiba di Perlis indera kayangan.

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

Kangar : Pihak Mapim Malaysia mempunyai matlamat yang jelas dalam misi membantu ummah, iaitu akan berusaha membantu seramai yang mungkin, tidak kira di mana mereka berada.

Atas kejelasan objektif itu, MAPIM telah menyalurkan bantuan Foodpack ke flat Wang Ulu di Perlis bagi menyantuni warga yang terkesan akibat pendamik covid19.

Seramai 86 Keluarga menerima bantuan dan diagihkan ke dua kawasan yang memerlukan.

Penyelaras Mapim Kedah, saudara shukri Shaari turun padang menyampaikan sendiri kotak-kotak bantuan ini kepada yang memerlukan.

“Pihak Mapim sedar akan kemelut pendamik covid 19 yang melanda negara khususnya dan dunia am nya, Maka Mapim Malaysia komited untuk seberapa daya membantu mereka”. Shukri Shaari.

Bantuan ini akan diteruskan lagi ke kawasan kedua iaitu Kampung Wang Ulu yang dikenal pasti untuk agihan seterusnya.

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Related Articles

Back to top button