KerohanianSemasa

MAPIM kehilangan seorang rakan penggerak misi kemanusiaan

Semoga roh beliau ditempatkan bersama para solihin

BANGI : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Haji Paimuzi Yahya dan kepada seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Pengurusan tertinggi MAPIM juga merasakan satu kehilangan bagi insan yang sentiasa mekar dengan jiwa kemanusiaan.

Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM, (Dr.) Sani Al Araby, ketika mengenang jasa Allahyarham berkata beliau sempat bergandingan dengan Allahyarham ketika beliau dilantik menguruskan pembinaan semula empat buah Masjid di Palu, Indonesia.
Allahyarham pernah menangis teresak-esak dan sebak di saat melangkah masuk ke sebuah masjid besar yang roboh dan hampir rebah menyembah bumi akibat bencana Liquifaksi dan juga Tsunami.
“Beliau menyatakan betapa hatinya luluh melihat Masjid menjadi sebegitu. Hati budinya sangat lembut dan tidak banyak bercakap tetapi amat senang untuk didampingi serta murah dengan senyuman”
“Mewakili aktivis kemanusiaan MAPIM Malaysia, kami merasa sayu dan hiba mendapat perkhabaran pemergian beliau. Didoakan semoga roh beliau ditempatkan bersama para orang soleh dan pejuang yang berkhidmat untuk membangunkan Ummah”

Allahyarham yang merupakan seorang insan yang banyak membantu dalam kerja-kerja ummah serta dalam misi kemanusiaan JAKIM bersama-sama MAPIM.

Pada tahun lalu, Allahyarham mewakili JAKIM bersama agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama MAPIM telah melebarkan sayap ke negara jiran.

Bantuan dihulur untuk membantu mangsa korban gempa, tsunami dan likuifikasi di Kota Palu, Sulawesi Tengah Indonesia.

Datuk Paimuzi menyempurnakan majlis penyerahan kunci unit hunian sementara di dalam Perkampungan Ummah Malaysia di Palu.

Allahyarham juga menyertai misi bantuan kedua bagi majlis pecah tanah atau peletakan batu pertama bagi empat buah masjid yang rosak teruk kesan gempa pada tahun 2018.

Masjid tersebut ialah Masjid Al-Muhajirin di Teluk Palu Permai, Masjid An-Nur di Padankajaya, Masjid Babul Khairat di Balaroa dan Masjid Ar-Rahman Balaroa yang anggaran pembinaan keseluruhan berjumlah RM 1 juta.

Al-Fatihah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button