DuniaPalestinSemasa

“Israel perlu hormat undang-undang kemanusiaan antarabangsa” – PBB

Sebarang keganasan tidak sepatutnya berlaku

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sedia maklum dengan insiden keganasan di wilayah Palestin yang dijajah, termasuk Jerusalem Timur, dan Israel baru-baru ini dan mengecam segala keganasan yang berlaku.

Jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB Hak Asasi Manusia, Rupert Colville, berkata dalam satu kenyataan, pasukan keselamatan Israel perlu membenarkan dan memastikan pelaksanaan hak kebebasan bersuara, berpersatuan dan berkumpul.

“Tiada keganasan yang harus digunakan terhadap mereka yang melaksanakan hak mereka secara aman. Apabila penggunaan kuasa diperlukan, ia harus sepenuhnya mematuhi piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Ini termasuk larangan penggunaan kekerasan yang tidak perlu atau tidak seimbang,” – Jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB Hak Asasi Manusia / Rupert Colville

Mereka sedar akan kesan terhadap kanak-kanak dan menyeru pihak UNICEF agar anak-anak dilindungi dari keganasan dan dihindari dari segala bahaya. Kanak-kanak yang ditahan harus dibebaskan.

Zionis Israel perlu menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, khususnya prinsip utama mengenai perlakuan permusuhan, iaitu perbezaan, perkadaran dan langkah berjaga-jaga.

Sebarang serangan, termasuk serangan udara, harus ditujukan semata-mata pada tujuan ketenteraan dan semua langkah pencegahan yang wajar harus diambil bagi mengelakkan kematian orang awam serta kerosakan pada benda awam.

Rejim Israel telah melakukan serangan udara ke Gaza dan telah meragut 24 nyawa Palestin, termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang wanita manakala 103 lagi mengalami kecederaan.

PBB turut menggesa Israel untuk tidak terlalu melulu dalam mengambil tindakan dengan penutupan dan pertambahan sekatan serta membahayakan seluruh penduduk awam di Gaza.

“Kami menyeru kedua-dua pihak untuk menggandakan usaha bagi menenangkan keadaan dan mengelakkan keganasan berterusan,” – Jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB Hak Asasi Manusia / Rupert Colville

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bakal mengadakan pertemuan tertutup kali kedua minggu ini mengenai konflik Israel-Palestin setelah tidak dapat mencapai kata sepakat untuk persetujuan bersama.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

*****

MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button