DuniaKemanusiaanSemasa

Gencatan senjata tidak diendah – kanak-kanak kini tidak beribu, berayah

Azerbaijan dakwa Armenia lancar serangan

GANJA, AZERBAIJAN : Kira-kira pada jam 2:00 pagi Ahad, warga rakyat Ganja di Azerbaijan dikejutkan oleh bunyi letupan kuat.

Dalam ketakutan mendengar bangunan runtuh, kejiranan di kawasan utara bandar tersebut menyahut meminta tolong.

“Ibu bapa saya sedang tidur dan saya sedang menonton filem apabila saya terdengar bunyi dentuman kuat,” Sevil Aliyeva, 16 tahun, memberitahu akhbar Al Jazeera.

Sevil Aliyeva, 16, membawa potret ibu bapanya yang terbunuh di Ganja. adiknya menangis didukung bapa saudara dalam perarakan ke tanah perkuburan. (Reuters]

“Dinding dan batu-bata jatuh ke atas saya.

“Saya tidak dengar suara ibuku. Bapa saya memanggil saya. Lalu suaranya berhenti juga.”

Sevil dan adiknya Husein yang berumur lapan tahun kini sudah yatim piatu. Ibu bapanya, Anar dan Nurchin, berumur dalam 30-an.

Jenazah mereka telah disolatkan oleh rakan-rakan dan saudara mara sebelum dikebumikan. Keranda mereka ditutup dengan bendera Azeri dan beberapa pucuk bunga mawar.

Penduduk yang sedang berkabung memberitahu kepada wartawan bahawa tiga lagi ahli daripada keluarga yang sama, keluarga Alasgarovs, juga terbunuh dalam letupan tersebut.

Keluarga itu maut sebaik sahaja badan peluru berpandu menyentuh bumbung rumah mereka. Ulvi, Tarana dan Durra berumur 30, 55 dan 57.

Orang ramai mengangkat keranda Anar Aliyev dan isterinya yang terbunuh dalam serangan di Ganja, Shamkir, Azerbaijan pada 12 Okt. (Umit Bektas/Reuters)

Pihak berkuasa Azerbaijani menyatakan Armenia menembak sebuah peluru berpandu ke bandar Ganja.

Bagaimanpun Yerevan menolak tuntutan tersebut.

Ganja yang mempunyai penduduk seramai setengah juta orang terletak 97 kilometer dari barisan hadapan konflik Nagorno-Karabakh dan 241 kilometer dari sempadan Armenia.

Pusat perindustrian barat Azerbaijan ialah bandar yang pengaruh dan penuh dengan sejarah. Sajat Parsi bernama Nizami Ganjavi pada abad ke-12 dilahirkan di kawasan itu serta makam Nizami terletak di kawasan jalan masuk di barat daya Ganja.

Serangan pada hari Ahad itu  berlaku beberapa jam selepas dua negara yang berperang membuat hubungan diplomatik buat kali pertama sejak persengketaan di atas perpecahan wilayah Nagorno-Karabakh pada 27 September.

Kedua-dua menteri luar Azerbaijan dan Amenia berjumpa di Moscow.

Selepas perbincangan selama 11 jam, mereka bersetuju untuk gencatan senjata kemanusiaan yang sepatutnya bermula pada hari Sabtu.

Namun beberapa minit selepas itu, kedua-dua negara menuduh sesama sendiri dan kembali melancarkan serangan.

Sehingga semalam, pemimpin dunia mendesak kedua-dua pihak tidak mencabuli gencatan senjata yang dipersetujui pada Jumaat lalu.

Pada Sabtu petang, badan perubatan menolong orang tercedera, termasuk seorang kanak-kanak berumur tiga tahun bernama Maryam yang cedera di kepala.

Sebuah poster mengandungi sembilan nama yang disahkan maut dalam letupan dibawa ke tempat jadian.

Beberapa jam selepas itu, jumlah maut naik ke angka 10 orang dengan lebih 40 orang cedera.

Seorang ibu muda yang hamil, Gunay Aliyeva, pada mulanya terselamat daripada letupan, namun menemui ajal di ketika mendapat rawatan di hospital.

Suami dan ibu mertuanya, Adil dan Afag, juga terbunuh.

Anaknya, Nilay yang berumur dua tahun terselamat, seperti Sevil dan Huseyn, Nilay kini menjadi anak yatim piatu.

Laporan Dunia berhubung kanak-kanak yatim piatu, berlaku sama ada disebabkan oleh bencana dan juga perbuatan manusia.

Menurut UNICEF hampir 10,000 kanak-knak menjadi anak yatim setiap hari. Dalam data yang dipercayai badan dunia 140 juta anak yatim piatu berada di dunia ini. Kehilangan ibu bapa atau salah seorang daripadanya, kanak-kanak ini merasa kekosongan, ditambah dalam keadaan ekonomi yang meleset serta ada di antara mereka menghadapi masalah mental. -UNICEF

Misalnya seorang kanak-kanak meninggal dunia setiap tiga saat akibat kemiskinan, kelaparan dan kematian menjadikan jumlah seperti dinyatakan.

Paling membimbangkan UNICEF ialah kanak-kanak di sub-Afrika Sahara dan Asia Selatan.

yenisafak.com

“Kerajaan Armenia sedang mencuba memulakan perang dengan menembak peluru berpandu ke bandar-bandar Azerbaijan. Azerbaijan tidak ada keinginan untuk membuka serangan ke wilayah negara lain.”

Seorang ahli parlimen bagi wilayah Ganja, Mushfig Jafarov, menyatakan kepada Al-Jazeera bahawa Armenia melanggar ketetapan yang diisytihar  Persidangan Geneva.

Pembantu dasar luar kepada Perdana Menteri Azerbaijan iaitu Hikmet Hajiyev mengatakan Armenia melanggar keperluan gencatan senjata kemanusiaan

Tembakan dilepaskan bukan sahaja di Ganja, tetapi juga di Mingachevir yang diduduki 100,000 orang, stesen janakuasa hidroelektrik serta kawasan awam yang lain.

“Pada pandangan dunia, Armenia patut dinilai sebagai tidak menghormati ketetapan itu, termasuklah Persekutuan Russia. Pembunuhan kaum dibuat oleh Armenia terhadap warga Azerbaijan walaupun gencatan senjata diadakan, justeru masyarakat antarabangsa mesti mempertimbangkan hal-hal ini,” katanya kepada media.

Menurut Hajiyev, mangsa-mangsa serangan pada 11 Oktober akan diberikan rumah sementara  bangunan baharu akan dibina bagi mereka yang hilang rumah.

Pada hari Rabu jam 1:00 pagi masa tempatan, menghampiri tepat tiga hari selepas serangan di Ganja, angkatan Armenia merancang untuk menyerang sekali lagi namun berjaya dihalang Menteri Pertahanan Azerbajian.

Armenia menolak tuntutan serangan oleh Baku, sebaliknya mengatakan ianya rekaan sebagai alasan untuk membuat tindak balas dalam pelbagai cara.

Pakar konflik dan ketua Kesatuan Awam Penyelidikan Kemanusiaan Baku, Asav Hasanov, percaya bahawa Armenia mengebom Ganja kerana ia telah hilang kawasan tanah di barisan hadapan.

“Tujuannya ialah untuk menimbulkan rasa panik antara rakyat Azerbaijan. Dengan melancarkan peluru dikawal  dari wilayahnya, pihak Armenia mengharapkan Azerbaijan akan membalas serangan juga. Hal ini boleh memberi Armenia kesempatan untuk merayu kepada Russia sebagai ahli Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (Collective Security Treaty Organization (CSTO). Walau bagaimanapun, Baku tidak terpedaya dengan provokasi tersebut.”

Pada hari Ahad, lebih banyak nyawa orang awam terjejas dengan lebih 10 buah bangunan pangsapuri rosak.

Selepas serangan itu, penghuni kembali ke rumah mereka namun hanya melihat kemusnahan.

Seorang wanita muda memerhati sisa kemusnahan dan berkata dengan suara yang tegas, “Dulu saya bangga pangsapuri ini mempunyai dewan terbesar di dalam bangunan yang menjadi milik saya, tetapi lihatlah keadaannya sekarang.”

Beberapa orang juga dilihat  mencari harta benda mereka di bawah serakan kesan pengeboman di dalam puing seperti tilam, selimut, buku-buku, gambar dan alat permainan kanak-kanak.

“Tidak perlu berkata apa-apa, anda boleh nampak segalanya,” kata seorang lagi wanita.

“Bangunan ini mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina, banyak kerja keras dan kesusahan. Namun, pada akhirnya, Armenia jatuhkan bom dan hancurkan semua dalam sekelip mata.”

Krisis tuntutan Nagorno Karabakh ini menambah lagi krisis kemanusiaan dunia yang semakin parah, dengan lebih ramai kanak-kanak menjadi anak yatim

 

Artikel diterjemah oleh : Siti Zulaikha Yusri

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button