Bantuan MAPIM Di GazaKemanusiaanPalestinSemasa

Jangan persiakan isu trending Palestin dengan isu remeh! – Sani Araby

Kesatuan anak muda harus diteruskan

KAJANG : Suatu yang malang apabila dalam kesibukan para netizen, khususnya anak muda di Malaysia memperjuangkan Palestin dari kejauhan, isu-isu remeh mendominasi 11 hari kebangkitan tentera siber Malaysia  menentang  kezaliman Zionis.

Isu remeh seperti ikan kuah laksa, pula yang diketengahkan yang tidak sepatutnya perlu timbul pada saat trending celaan dan kecaman terhadap Israel bertukar kepada isu lapuk dan memalukan.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al Kahery  berkata anak muda harus terus bangkit dan mempertajamkan minda dan membangunkan kesatuan anak muda dengan beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan, antaranya mengetahui siapa musuh mereka.

Beliau berkata demikian dalam satu perkongsian di rancangan Selamat Pagi Malaysia, di RTM 1 pagi tadi ( 20 Mei)

Dalam hal solidariti terhadap Palestin katanya, musuh utama ummat Islam adalah rejim Israel yang berterusan bekerja keras untuk memecah-belahkan kesatuan ummah sejak dari dulu lagi.

Dalam menyatakan hal perjuangan, ia haruslah di atas perkara yang benar dan hak, membawa manfaat untuk sesama ummah, bukan kepada isu remeh yang melemahkan dan tidak memberi keuntungan kepada masyarakat.

Ketika kini penindasan Israel terhadap Palestin, masih lagi berlangsung, umat Islam Malaysia- anak muda khususnya telah mencapai kemenangan moral apabila tanda pagar shame on Israel dan Israel koyak telah menjadi medan untuk mereka berjuang melawan propaganda Israel. Hash tag demikian telah mencapai trending di media-media sosial sehingga mencetuskan pencarian baru perkataan `koyak’ dalam kamus urban.

Sebagai pengasas #shameonIsrael usaha itu harus diteruskan dengan menambah lagi fakta dan maklumat menunjukkan perlakuan dan sikap sebenar musuh Islam.

Serangan pertama itu, dengan meminta netizen menularkan poster #shameonIsrael dengan komen-komen kecaman terhadap tindakan Israel itu menyebabkan rakyat di negara Israel `koyal’.

Penularan poster berkenaan yang bermula pada jam 4:59 petang sehingga jam 11:59 malam, di malam hari ryaa Aidil Fitri telah mendapat perhatian di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan, Urban Dictionary merupakan sebuah laman dalam menyertakan perkataan-perkataan yang trending dan kerap digunakan netizen masa kini. Perkataan-perkataan ini boleh dimuat naik oleh para pengguna lain.

“Amat malang sekali bila kemenangan moral dalam siber kita perolehi dengan merahnya feed serta trending dengan laungan shameonIsr el dan is raelkoyak berubah kepada pergaduhan benda kecil yang tidak menguntungkan menjadi agenda perbincangan kita seperti isu laksa , politik dan kuih lapis” – Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al Kahery

Sementara (Dr.) Sani yang sering menyertai misi kemanusiaan di tanah air dan luar negara menegaskan seseorang itu tidak perlu menanti menjadi seorang aktivis untuk merasa  empati dan simpati kepada isu-isu kemanusiaaan dunia, terutama ummah. Sebaliknya, dalam isu Palestin ini, mereka boleh berperanan dengan menggunakan tenaga dan fikiran dalam menyebarkan sokongan melalui kemahiran dan minat mereka.

Misalnya dari sudut grafik dan sosial media yang kini rata-ratanya didominasi oleh golongan muda. Semangat membantu Palestin boleh diterjemah dalam karya poster dan maklumat lain demi untuk membantu Gaza dan Palestin yang berpuluhan tahun dizalimi, termasuk anak-anak kecil.

“Kita semua adalah pencinta Palestina dan keamanan dunia. Tidak perlu tunggu untuk menjadi aktivis kemanusiaan untuk merasa simpati dan empati. Be Yourself! Pelaburan yang diperlukan adalah anda perlu ada hati yang nurani sudah mencukupi untuk memandu satu perjuangan besar!” – Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al Kahery

Perjuangan pemuda Palestin yang tidak memiliki senjata, sebaliknya hanya berjuang dengan batu-batuan sepatutnya diambil iktibar. Mereka juga sanggup menjulang bendera Palestin sehingga ada yang ditembak dan terkorban.Semangat itu harus diambil untuk anak muda menjaga, menghormati sebagai tanda cinta kepada negara. Jalur Gemilang – adalah lambang keramat yang harus diperjuangkan dan harus sentiasa diingati di benak minda untuk mempertahankan tanah air tercinta.

“Mungkin perang Israel Palestin ini dapat memberi kesedaran betapa pemuda disana bermatian menjulang bendera Palestin hingga ditembak dan terkorban di kala kita di negara tercinta pula ambil tidak endah dengan Jalur Gemilang. Pasang terbalik itu adalah penghinaan dan tidak boleh diterima dalam apa juga alasan. Semangat cinta negara patut menjadi asas kita yang lahir di tanah tercinta ini. Jangan tunggu sampai negara dijajah baru kita nak bangkit berjuang . Saat itu segalanya sudah tidak berguna lagi”- Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al Kahery

Beliau mengakhiri perkongsian lebih 30 minit itu dengan satu kata-kata ulama untuk ditanam dalam minda anak-anak muda.

“Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi muda pada hari ini.”

– Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi

*****

MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button