DuniaSemasa

China rancang misi pertama ke matahari

Pantau ribut solat 40 jam awal

HONG KONG: China merancang untuk melancarkan misi solar pertamanya pada pertengahan pertama tahun depan bagi mengorbit pada ketinggian 720 kilometer (km) dari permukaan bumi.

Pesawat peninjau dengan kod nama Advanced Space-based Solar Observatory (ASO-S) itu akan melakukan pemantauan 24 jam sehari selama sekurang-kurangnya empat tahun, menurut agensi berita Xinhua.

Ketua saintis misi itu, Gan WeiqunIa, berkata ia akan membawa sebuah pengesan magnetik, teleskop solar dan pengimbas X-ray bagi mengesan medan magnetik matahari dan ribut, yang menjadi ‘kunci kepada ramalan cuaca angkasa’.

Lebih 70 satelit penerokaan solar dilancarkan di seluruh dunia sejak 1960-an dan misi itu dijangka ‘menutup jurang teknologi China di lapangan’, demikian menurut laporan Xinhua.

Pesawat peninjau itu akan memantau ribut solar ‘sekurang-kurangnya 40 jam sebelum ia tiba… yang dijangka memberi amaran awal kemusnahan kepada persekitaran elektromagnet bumi’.

Penyelidik menjangkakan, kegiatan solar berlaku dalam kitaran kitaran 11 tahun dan yang terbaru akan memuncak pada 2024 serta 2025, dengan misi China itu berupaya membuat rekod terperinci mengenainya.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), satu siri ribut solar dikesan memuncak pada akhir Oktober 2003.

Ia memberi kesan kepada sistem satelit dan komunikasi, yang membawa kepada kerosakan serta penutupan sementara kapal angkasa selain menyebabkan gangguan bekalan elektrik di Sweden.

Akhbar Global Times pada minggu lalu melaporkan, ujian prototaip bagi kapal angkasa termasuk eksperimen alam sekitar dan kepanasan dijangka tamat pada akhir bulan ini.

China meningkatkan program angkasanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menyasarkan pendaratan angkasawan di bulan pada 2030, seterusnya merancang untuk membina stesen penyelidikan kekal di kutub selatan bulan.

Misi pertamanya ke Marikh akan menyaksikan sebuah pesawat peninjau mendarat di planet terbabit Mei ini.

Rancangan penerokaan angkasanya yang rapi turut merangkumi misi untuk membawa pulang batu dari Marikh pada 2030 dan meneroka Musytari serta satelitnya. – AGENSI

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button