Dunia

Pembunuhan Mohsen satu jenayah dunia sains

Saintis nuklear Iran maut diserang hendap

KUALA LUMPUR: Pembunuhan seorang saintis nuklear terkemuka Iran, Mohsen Fakhrizadeh adalah satu jenayah terhadap dunia sains dan kemanusiaan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, berkata tragedi berkenaan merosakkan usaha memupuk perdamaian dunia melalui diplomasi sains.

Menurut beliau, ia turut memberi implikasi buruk terhadap hubungan multilateral yg mengajak semua negara saling berhubungan dan berkongsi pengetahuan, serta kepakaran demi mewujudkan sebuah dunia yang makmur.

“Dunia Islam pernah menyaksikan pelbagai kitab khazanah ilmu dimusnahkan dan para ilmuwan dibunuh, menerusi penjarahan Monggol di Kota Baghdad yang mengakibatkan kerugian besar kepada tamadun manusia.

“Pembunuhan saintis Iran ini menunjukkan kehodohan dan sifat tidak bertamadun pihak yang berada di sebalik perancangan jenayah ini,” – Timb. Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Ahmad Amzad Hashim

Mohsen yang dianggap seorang daripada perancang utama program nuklear Iran terbunuh, apabila kereta dinaikinya terbabit dalam satu serang hendap di timur Tehran.

 Menurut media Iran, kejadian berkenaan adalah satu pembunuhan terancang.

Menteri Pertahanan negara itu, Brigedier Jeneral Amir Hatami yang dipetik agensi berita ISNA berkata, penyerang menembak kenderaan dinaiki Mohsen. – BH

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button