PendidikanSemasa

Sesi Persekolahan Penggal Tiga bermula 2 Januari

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan Sesi Persekolahan bagi Penggal ketiga, 2021/2022 akan bermula 2 Januari hingga 20 Mac tahun hadapan bagi sekolah di negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan KPM, kumpulan sekolah di negeri B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan bermula pada 3 Januari hingga 20 Mac tahun depan.

“Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri A manakala, sekolah di negeri kumpulan B bermula pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023.” katanya.

Mengulas lanjut, Sesi Persekolahan Penggal Ketiga 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman web KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim mulai Isnin.

Pihaknya berkata KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button