Covid19Semasa

172 petugas barisan hadapan mengandung dijangkiti Covid-19

Vaksin berjaya lindung daripada kesan lebih buruk

KUALA LUMPUR :  Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba maklumkan seramai 172 orang daripada petugas barisan hadapan yang mengandung didapati positif Covid-19.

Tambah beliau, kebanyakan mereka yang dijangkiti itu berada dalam kategori satu dan dua.

“Kategori 1 sebanyak 51 orang, kategori 2 117 orang, manakala kategori 5 ada lima orang yang telah dijangkiti Covid-19.

“Untuk kategori 5 itu, satu kes telah menerima satu dos vaksin,” katanya dalam sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, kelmarin.

Katanya, daripada jumlah itu, tiada petugas barisan hadapan yang mengandung termasuk dalam kategori tiga dan empat.

Beliau berkata, vaksin yang diberikan kepada mereka ternyata dapat melindungi mereka daripada kesan lebih teruk.

Dalam perkembangan lain, Adham turut memaklumkan, kerajaan memutuskan Pahang dan Pulau Pinang kekal berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun kes jangkitan baharu Covid-19 meningkat di negeri itu.

“Sekiranya angka jangkitan Covid-19 di negeri yang telah beralih fasa adalah tinggi, hanya lokasi atau kawasan tertentu akan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dan bukannya seluruh negeri,” katanya.

Oleh : Nurshazlin Shahrom (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media)

Related Articles

Back to top button