Covid19Dunia

Bantuan bekalan perubatan Ukraine tiba di Poland hari ini – WHO

GENEVA : Penghantaran sebanyak 36 tan bekalan perubatan penting kepada Ukraine dijangka tiba di Poland hari ini.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pembedahan kecemasan termasuk rawatan trauma untuk membantu 1,000 pesakit serta bekalan lain bagi memenuhi keperluan 150,000 orang.

Beliau turut memberitahu bahawa bekalan oksigen perubatan di Ukraine kini juga semakin berkurangan.

Beliau memberi amaran bahawa sistem perubatan tempatan berkemungkinan menerima kesan buruk ekoran keadaan terkini di sana.

Wakil WHO di Ukraine, Jarno Habicht, berkata ia akan menjadi lebih sukar untuk mengedarkan barangan di dalam Ukraine apabila keadaan berubah.

Beliau berkata adalah tidak pasti sama ada bekalan itu boleh sampai ke tempat yang paling diperlukan dalam sistem kesihatan negara.

Dalam pada itu, pihak WHO berkata kes baharu jangkitan Covid-19 telah menurun di Ukraine sejak Februari.

“Pergerakan populasi besar-besaran berkemungkinan akan menyumbang lagi kepada penularan Covid-19, yang berpotensi meningkatkan tekanan ke atas sistem kesihatan di negara jiran yang kini sedang menerima ribuan pelarian Ukraine,” luah Tedros.

– AGENSI

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button