Covid19Kesihatan

Mangsa termuda Covid-19 meninggal dunia

Hadapi kesukaran pernafasan

CYBERJAYA : Bayi perempuan berusia setahun menjadi mangsa termuda dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi itu mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna, 1 Oktober lalu.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Saringan Covid-19 didapati positif dan bayi disahkan meninggal dunia 4.25 petang semalam.

Semoga Allah melindungi seluruh ahli keluarga kita daripada penyakit Covid-19..

Al-Fatihah

Berikut perincian empat kes kematian pada Selasa 6 Oktober :

1) Kes kematian ke-138 (iaitu kes ke- 11154) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September 2020. Saringan Covid-19 didapati positif pada 26 September 2020. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 6.50 pagi.

2) Kes kematian ke-139 (iaitu kes ke-12431) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Kes mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 September 2020. Saringan Covid-19 didapati positif pada 30 September 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 5.05 pagi.

3) Kes kematian ke-140 (iaitu kes ke-12432) merupakan bayi perempuan warganegara Malaysia berumur 1 tahun. Kes dibawa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 Oktober 2020. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober 2020. Kes disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober 2020 jam 4.25 petang.

4) Kes kematian ke-141 (iaitu kes ke-13067) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun. Kes mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kesihatan mental. Kes ditemui tidak sedar diri pada 5 Oktober 2020, jam 7 pagi dan terus dibawa terus ke Hospital Pulau Pinang. Kes didapati tidak bernafas di Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia 5 Oktober 2020 jam 7.50 pagi. Saringan Covid-19 dikesan positif.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button