Covid19Semasa

Individu luar dilarang tunai solat Aidiladha di masjid Perlis

Larangan turut terpakai pada ahli keluarga yang terlibat

KANGAR : Larangan dikeluarkan bagi individu dari luar negeri Perlis sama ada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran termasuk yang berulang alik bekerja untuk menunaikan solat sunat Aidiladha pada Selasa ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ahli keluarga yang terlibat juga tidak dibenarkan kecuali mereka yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Baginda turut bertitah, pihak pengurusan masjid berkuasa untuk membuat teguran dan menghalang kemasukan jemaah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Bagi kariah Kota Raja Arau, solat Aidiladha akan didirikan di Dataran Istiadat Istana Arau pada jam 8 pagi untuk sesi pertama manakala bagi sesi kedua di pekarangan Masjid Negeri Arau pada jam 9 pagi, sekiranya berlaku limpahan jemaah,” titah baginda dalam kenyataan pada Ahad.

Baginda yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, jika cuaca tidak mengizinkan, hanya satu sesi solat sahaja dilaksanakan berdasarkan kapasiti maksimum dan pematuhan SOP yang ketat pada jam 8.30 pagi.

“Bagi jemaah yang tidak dapat menyertai solat berjemaah di masjid mereka boleh menunaikan solat Aidiladha di rumah seperti panduan dan khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis,” titah baginda hari ini.

Oleh : Nurshazlin Shahrom

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button