Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
KUALA LUMPUR : Memecahkan rekod dunia merupakan satu pencapaian besar dan kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia, buat jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, biarpun pingat emas yang dimenanginya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 petang semalam masih belum ‘dipulangkan”.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi ciapan di Twitter menzahirkan rasa bangga beliau terhadap Ziyad Zolkefli atas kejayaannya memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter (m).
“Kepada Ziyad, anda tetap juara di hati kami, memecahkan rekod dunia adalah perkara yang luar biasa! Saya dan Keluarga Malaysia sangat berbangga dengan anda!
“Sama-samalah kita berdoa agar kemenangan pingat emas kekal di tangan Malaysia #malaysiaboleh #letlogicprevail ,” kata Ismail Sabri.