JERICHO: Selepas tujuh hari pengepungan tentera ke atas bandar pelancongan kuno Jericho, di sebelah timur Tebing Barat yang dicerobohi, skuad besar zionis menyerbu bandar itu awal pagi tadi khususnya di pinggir kem pelarian Aqbat Jabr, lapor media WAFA.
Tembakan rambang dilepaskan ke arah penduduk Palestin di kem termasuk gas pemedih mata dan bom tangan sambil mengarahkan orang ramai di bahagian kem untuk keluar dari rumah mereka dalam cuaca hujan.
lsraeli occupation forces raid Aqbat Jabr camp in Jericho, and injure around 10 Palestinians so far. pic.twitter.com/eekKKtZLVG
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) February 4, 2023
Tentera zionis turut menceroboh ladang ayam di kem itu, memusnahkannya secara keseluruhan, menurut saksi.
Kementerian Kesihatan melaporkan 6 orang cedera akibat tembakan tentera dan dibawa ke Hospital Jericho, di mana seorang ditembak di dada dan perut serta dilaporkan dalam keadaan serius manakala yang lain ditembak di anggota badan.
Pegawai Perubatan di Hospital Jericho melaporkan 3 daripada mereka yang cedera dalam pencerobohan itu dipindahkan ke hospital di Ramallah kerana kecederaan mereka yang serius.
Sumber Kementerian Kesihatan turut mendedahkan pihak israel telah sengaja menghalang kemasukan medik dan kakitangan kesihatan Palestin untuk sampai ke tempat kerja mereka di Jericho.
lsraeli occupation forces detain a number of Palestinians during a mass raid in Aqbat Jabr, Jericho. pic.twitter.com/DmQSY2ncaD
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) February 4, 2023
Sebelum meninggalkan Jericho, tentera zionis telah menahan 10 orang daripada dua keluarga berbeza yang berada di rumah yang dikelilingi oleh tentera dan menyerang, memusnahkan sebahagian daripada mereka.
Sekatan itu dikenakan ke atas Jericho 7 hari lalu dengan alasan ada percubaan menembak di sebuah restoran milik israel yang terletak di luar Jericho. Tiada siapa yang cedera dalam tembakan itu, tetapi tentera mendakwa penembak itu melarikan diri ke Yerikho.
BACA JUGA
Remaja 14 tahun ditembak di kepala di Tebing Barat