DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Siapa sokong Gaza padahnya ditahan Israel

Cubaan men`diam'kan solidariti ke atas Palestin

GAZA :  Rejim Israel menahan rakyat Palestin yang berada di Israel selepas  sebahagian daripada mereka menyatakan solidariti kepada Palestin ketika serangan 11 hari Israel bermula.

Rakyat Palestin yang tinggal di Israel turut bangkit mempertahankan Gaza dengan sokongan mereka juga prihatin dengan nasib jemaah di Masjidil Aqsa yang diusir Yahudi.

Mereka menyuarakan hak saudara mereka yang juga diusir dari kawasan Sheikh Jarrah di Tebing Barat yang dirampas Isr4el.

Logo Adalah – Pusat Undang-Undang untuk Hak Minoriti Arab di Israel.

Menurut Adalah, Pusat Undang-Undang untuk Hak Minoriti Arab di Israel, sejak Selasa lalu, seramai  27 orang  Arab di Israel ditahan.

“Kami telah menghubungi peguam yang hadir di pusat tahanan untuk memberikan bantuan undang-undang kepada mereka yang ditahan” . – ADALAH

Oleh: Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button