PalestinSemasa

Zionis israel roboh lagi rumah penduduk di Bethlehem

BETHLEHEM: Pasukan pendudukan israel merobohkan dua lagi rumah  bandar Bethlehem dengan alasan pembinaan tanpa permit walaupun hakikatnya pemilik salah satu rumah itu mendapat perintah mahkamah israel untuk meneruskan pembinaan di rumahnya.

Datuk Bandar Beit Jala, Issa Qassis, memberitahu WAFA bahawa pasukan pendudukan merobohkan sebuah rumah satu tingkat yang sedang dalam pembinaan di kawasan Cremisan, berhampiran Hospital Persatuan Pemulihan Arab, yang dimiliki oleh seorang penduduk tempatan dengan alasan tidak mempunyai permit.

Beliau menegaskan bahawa tentera pendudukan merobohkan rumah itu walaupun pemiliknya telah mendapat keputusan daripada mahkamah israel untuk tidak menghentikan pembinaan rumahnya.

Sementara itu, ketua majlis kampung al-Walaja, Khader Abu al-Tin, memberitahu WAFA bahawa pasukan besar, diiringi jentolak tentera, menyerbu kawasan Ein Jweiza, timur laut al-Walaja, dan merobohkan rumah seluas 100 meter persegi milik penduduk tempatan.

Beliau menegaskan bahawa Ein Jweiza telah menjadi sasaran selama bertahun-tahun untuk projek penempatan israel dan menyebabkan banyak rumah penduduk Palestin dirobohkan oleh zionis israel.

Tambahnya, zionis israel ingin mengosongkan kawasan penduduk Palestin itu untuk digunakan sebagai perusahaan penempatan haram mereka.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button