BanjirSemasa

Warga kota cemas Kuala Lumpur ditenggelami air

Paras Sungai Klang pada paras bahaya

Kuala Lumpur : Hujan turun sejak dari awal pagi Sabtu berpanjangan hingga lewat malam dan diikuti dengan angin kencang. Ini menimbulkan kegusaran dikalangan warga kota.

Sungai Klang melimpah banjir

Penulis meninjau di jalan pusat membeli-belah, sepanjang Jalan Raja Laut di Kompleks Sogo dinaiki air hampir satu meter.

Manakala jalan menuju ke Jalan Masjid Jamek ditutup kerana air Sungai Klang melimpah keluar. Jalan menuju ke Jalan Ipoh pula, ditutup oleh kenderaan polis.

Jalan Ipoh ditutup

Tinjauan penulis di kawasan Pasar Chow Kit mendapati, para peniaga berkongsi kegusaran. “Rumah di belakang gerai saya ini telah dinaiki air, saya harus bungkus dan pulang rumah. Risau, takut hanyut bersama banjir.” Menurut Mohd Ein Saful, 30 penjaja gerai buah-buahan. 

Peniaga ayam, Mohd Khairi Mehad 22  “Hujan ni harap-haraplah berhenti sebelum subuh, kerana penjualan ayam saya perlu diteruskan atas permintaan pelanggan-pelanggan tetap.”

Keadaan di beberapa jalan utama di Kuala Lumpur seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail mengalami kesesakan lalu intas walaupun sudah lewat malam. Kesesakan lalu intas, berpunca daripada penutupan jalan akibat banjir kilat di beberapa jalan di pusat bandar.

Kesesakan lalu lintas di Jalan Tuanku Abdul Rahman

Selain itu, tahap waspada dengan hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

 

 

Related Articles

Back to top button