BanjirSemasa

JBPM Kelantan sedia bantu NGO agih sumbangan kepada mangsa banjir

PASIR MAS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedia memberi kerjasama kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu mengagihkan bantuan serta sumbangan kepada mangsa banjir terutama di kawasan penempatan yang sukar diakses.

Pengarahnya, Zainal Madasin, berkata pihaknya telah menerima banyak permohonan daripada NGO yang mahu mengagihkan sumbangan dan biasanya program telah diatur sebelum dan selepas banjir melanda.

LAWATAN MANGSA BANJIR DI PPS SK TOK DEH RANTAU PANJANG
Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Kelantan, YS PPjB Jainal @ Zainal Madasin (bertopi) ketika melawat mangsa banjir di PPS SK Tok Deh, Rantau Panjang

“Kita akan bantu dari segi logistik dan tenaga selain mencari lokasi paling sesuai untuk diagihkan sumbangan terutama di kawasan penempatan yang terpencil dan terdapat golongan asnaf“, katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan banjir, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya tidak akan melupakan misi dan visi utama JBPM dalam membantu masyarakat terutama ketika banjir melanda malah pegawai dan anggota sentiasa bersiap siaga menghulurkan bantuan jika diperlukan. – BERNAMA

BACA JUGA
Kanak-kanak 3 tahun korban pertama banjir Pantai Timur


Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button