DuniaPalestinSemasa

Warga emas Palestin kurang upaya maut ditembak tentera Israel

BAITULMAQDIS: Seorang warga Palestin yang kurang upaya (OKU) meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah selepas ditembak oleh tentera Israel di sebuah pusat pemeriksaan.

Menurut laporan agensi berita Palestin Wafa, mangsa dikenal pasti sebagai Hussein Kawarik, 59, yang dikatakan mengalami kecacatan mental oleh keluarganya itu meninggal dunia di Pusat Perubatan Rabin di Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin memberitahu bahawa mangsa yang berasal dari kampung Awarta, mengalami kecederaan akibat tembakan langsung yang disasarkan kepadanya oleh tentera Israel yang mengawal pusat pemeriksaan di bandar Hawara berhampiran Nablus pada Selasa lalu.

Sementara itu,  tentera Israel mendakwa bahawa mereka ternampak seorang suspek menghampiri pihak berkuasa itu di pos tentera itu.

Pada mulanya pihak tentera melepaskan tembakan ke udara sebagai amaran selepas tidak menerima sebarang maklum balas daripada mangsa.

“Suspek terus menghampiri tentera yang bertindak balas dengan tembakan ke arahnya dengan satu tembakan kena pada mangsa,” kata tentera.

Untuk rekod, sekurang-kurangnya 54 rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat terkorban akibat kekejaman rejim Israel sejak akhir Mac lalu.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button