DuniaSemasa

Wanita Palestin peroleh ijazah sarjana muda pada usia 85 tahun

RAMALLAH : Usia bukan lagi penghalang buat seorang wanita warga emas berasal dari Palestin untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.

Jihad Battu berusia 85 tahun berjaya merangkul segulung ijazah sarjana muda dalam pengajian perundangan Islam biarpun sudah sekian lama menamatkan pelajaran beberapa dekad yang lalu.

Jihad dilahirkan pada tahun 1936 di bandar Nablus Tebing Barat dan diberi nama Jihad yang membawa maksud “perjuangan atau berperang melawan musuh.”

Wanita lewat usia itu mendapat pendidikan di Al-Mujaydil, terletak di Nazareth sehingga 1948 dan terpaksa berhenti belajar ekoran peristiwa Nakba yang memaksa ribuan rakyat Palestin berpindah dari tanah air mereka sendiri.

Lebih menyedihkan keputusan beliau untuk melanjutkan pelajaran lebih sukar apabila si ibu jatuh sakit pada tahun yang sama.

Pada tahun 1954, Jihad berkahwin dan mempunyai lima orang anak. Bagaimanapun, semangatnya untuk menuntut ilmu tidak pernah padam.

Pada usia 81 tahun, Jihad nekad menyambung pelajaran dan mengambil beberapa kursus meliputi bahasa Arab, Inggeris dan Ibrani serta matematik.

Dalam satu temu bual dengan agensi media tempatan, Jihad berkata bahawa dia memilih untuk mempelajari Syariah Islam kerana cinta dan taatnya kepada tradisi dan peraturan Islam.

Harapan beliau adalah untuk mengajar ilmu yang dipelajari kepada orang sekelilingnya.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button