BAMAKO: Seorang wanita Mali melahirkan anak kembar sembilan di Maghribi pada hari Selasa dan semua sembilan bayinya dilaporkan dalam keadaan baik.
Halima Cisse, 25, seorang wanita dari utara negara Afrika Barat yang miskin itu, telah dihantar ke Maghribi untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik pada 30 Mac. Dia pada mulanya dia dipercayai mengandungkan kembar tujuh.
Kes wanita mengandung kembar tujuh atau septuplet jarang berlaku – apatah lagi kembar sembilan atau nonuplet – teramat jarang. Jurucakap kementerian kesihatan Maghribi, Rachid Koudhari berkata, mereka tidak tahu menahu mengenai kelahiran itu di salah sebuah hospital di negara itu. Tetapi kementerian kesihatan Mali dalam satu kenyataan memberitahu bahawa Cisse telah melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki melalui kaedah Caesarean.
“Ibu dan bayi dalam keadaan baik setakat ini,” – Menteri Kesihatan Mali / Fanta Siby
Beliau yang berkata kepada AFP, berkata doktor yang menemani Cisse ke Maghribi memberitahu wanita itu dalam keadaan baik.
Katanya, mereka akan pulang dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Doktor kini memberi tumpuan terhadap kesihatan Cisse, dan juga peluang kepada bayi-bayi kembar itu untuk bertahan.
Menurut AFP, Kementerian Kesihatan Mali dalam satu kenyataan mengatakan bahawa pemeriksaan ultrasound yang dilakukan di Mali dan Maghribi menunjukkan bahawa Cisse membawa tujuh bayi. –
Sementara itu BBC memetik kesihatan ibu sembilan anak kembar ini baik.
“Saya gembira ” kata suami Cise kepada BBC. “isteri dan semua anak (lima perempuan dan empat lelaki) semuanya sihat belaka”
Setakat ini rekod dunia dipegang oleh Nadya Suleman yang melahirkan lapan orang anak kembar dan kini semuanya sudah membesar berusia 12 tahun.
Dua set kembar sembilan pernah didaftarkan iaitu kelahiran di Australia pada 1971 dan satu lagi di Malaysia pada tahun 1999 namun semua anaknya meninggal dunia beberapa hari kemudian.
Seorang wanita juga yang melahirkan kembar lapan di Amerika Syarikat pada tahun 2009 memegang Guinnes World Record bagi jumlah anak teramai pada satu kelahiran.