DuniaSemasa

Serpihan roket China berat bertan-tan hempas ke bumi 8 Mei ini?

Daripada Long March 5B milik China

BEIJING, CHINA : Tarikh 8 Mei ini penduduk dunia perlu bersedia apabila serpihan roket China dikatakan bakal terhempas.  Tidak dipastikan lokasinya di mana, tapi jangan panik!

Pihak Pentagon dalam satu kenyataannya berkata ia sedang mengesan serpihan roket China itu yang dijangka memasuki atmofera Bumi jangkanya hujung minggu ini. Kawalan Angkasa Amerika Syrarikat sedang melakukan trajektori itu.

Kenyataan oleh Jurucakap Jabatan Pertahanan Mike Horward itu dipetik CNN.  Howard berkata waktu sebenar roket itu memasuki tidak dapat diketahui bagaimanapun lokasi terkini mengenai serpihan itu boleh didapati di laman web Space Track.

Serpihan itu adalah sebahagian daripada roket Long March 5B milik China yang baru-baru ini melancarkan modul pertama stesen angkasa lepasnya.  Serpihan di luar kawalan itu kini berada dalam fasa kemasukan semula dan tidak terbakar dalam atmosfera.  Berdasarkan orbit objek tersebut, titik pendaratan serpihan boleh terjadi di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Insiden itu berlaku kira-kira setahun selepas sebuah roket, juga milik China terhempas ke Bumi. Roket itu jatuh ke dalam Lautan Atlantik namun, beberapa serpihannya dilaporkan menjunam ke negara Cote D’Ivoire di rantau Afrika Barat.

Pada masa itu, pakar-pakar angkasa lepas berpendapat bahawa serpihan tersebut merupakan serpihan buatan manusia terbesar pernah jatuh ke Bumi.

Meskipun sehingga kini tiada laporan kematian atau kecederaan serius melibatkan orang awam akibat terkena serpihan angkasa lepas, itu tidak bermaksud objek itu tidak berbahaya.

Sementara itu cnet.com melaporkan pakar astrofizik Jonathan McDowell berkata risiko akibat serpihan itu kecil. Katanya  Lautan Pasifik amat luas dan serpihan itu bakal menghempas ke lautan di perairan Pasifik atau sekitarnya.

Beliau juga menjangkakan kejadian itu berlaku di antara 8 dan 10 Mei.

Related Articles

Back to top button