TELUK INTAN : Sudah jatuh ditimpa tangga itu yang boleh digambarkan buat seorang bapa yang baru sahaja mengebumikan bayinya lalu dihempap pokok tumbang ketika merapikan tempat persemadian di tanah perkuburan Jalan Parit 1, Pekan Chenderong Balai, dekat sini, malam tadi.
Dilaporkan, bayi mangsa meninggal dunia dalam kandungan ketika berusia lapan bulan, pada Ahad lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan Mohd Ismail Mohd Yunus, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.41 malam.
“Pokok berkenaan tumbang selepas bahagian pangkalnya terbakar dan terkena mangsa yang berusia lingkungan 40-an.
“Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki telah dihempap sebatang pokok di tanah perkuburan berkenaan.” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, anggota bomba memberi rawatan awal sebelum membawa mangsa ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan selanjutnya.
Oleh : Nurshazlin Shahrom