KerohanianSemasa

Solat terawih 2 sesi, elak ramai jika lebihi had

Perlis beri lampu hijau imarahkan masjid, surau sepanjang Ramadan

KANGAR 9 April : Sepanjang bulan Ramadan ini di seluruh negeri, aktiviti mengimarah masjid dan surau dibenarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Bagaimanapun sekiranya berlaku limpahan kehadiran jemaah, solat terawih akan diadakan dalam dua sesi.

Sesi pertama perlu dilakukan pada jam 9:00 malam sehingga 10.30 malam dan untuk sesi kedua bermula jam 10.30 malam sehinnga 12.00 tengah malam. Walau bagaimanapun, masjid dan surau dilarang menjemput imam dari luar negeri kecuali mendapat kebenaran khas daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) titah sultan.

“Bagi mengelakkan berlaku limpahan kehadiran jemaah, solat tarawih boleh dilakukan dalam dua sesi,” – Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail / Raja Muda Perlis

Sehubungan itu titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bermula 1 Ramadan,  pelaksanaan semua aktiviti di masjid dan surau yang berdaftar perlulah mengikut prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan ditetapkan.

Baginda telah mengeluarkan kenyataan itu menerusi MAIPs dalam satu kenyataan.

Baginda bertitah, warga asing dalam keadaan Individu Dalam Siasatan (PUI) dan Individu Yang Dijangkiti Penyakit Berjangkit (PUS) tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan sihat.

Baginda juga bertitah, warga asing juga dibenarkan solat tarawih kecuali Individu Dalam Siasatan (PUI) dan Individu Yang Dijangkiti Penyakit Berjangkit (PUS).

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button