DuniaSemasa

Pakai baju ‘Free Palestine’, lelaki autisme diheret ke mahkamah

LONDON : Gara-gara memakai baju bertulis ‘Free Palestine’ atau ‘Bebaskan Palestin’, seorang pemuda autisme dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan dakwaan menyokong kumpulan pejuang Palestin di sekitar London.

Feras Al-Jayoosi, 34, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut biarpun dirinya hanya memakai pakaian yang mempunyai lambang kumpulan pejuang Palestin yang dianggap sebagai ‘pengganas’ di negara itu.

Pada Jun lalu, Al-Jayoosi turut dilihat memakai pakaian  yang sama  di Golders Green, tempat kawasan tumpuan orang Yahudi.

Bagaimanapun, Ketua Majistret, Paul Goldspring menangguhkan hukuman kepada Al-Jayoosi sehingga 17 Disember.

“Ini adalah kes yang sukar untuk dijatuhkan hukuman. Terdapat garis halus antara sokongan untuk tujuan yang sah dan sokongan untuk organisasi yang ‘dilarang’ dan beliau telah memasukkan rayuannya pada dasar itu.” kata Goldspring.

Berdasarkan laporan berita Arab, Al-Jayoosi kini telah dibebaskan dengan jaminan bersyarat.

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button