Covid19DuniaKesihatan

BioNTech, Pfizer mohon kelulusan EU

Persediaan suntikan pertama vaksin pada Dis

FRANKFURT: BioNTech Jerman dan rakan kongsinya di Amerika Syarikat (AS), Pfizer memaklumkan, mereka sudah memohon kelulusan pengawalseliaan Kesatuan Eropah (EU) bagi vaksin COVID-19, meningkatkan lagi harapan untuk suntikan pertama vaksin itu dapat dilakukan pada Disember.

Dua syarikat itu berkata, mereka sudah menghantar permohonan kepada Agensi Perubatan Eropah (EMA) semalam bagi mendapatkan ‘Kebenaran Pemasaran Bersyarat (CMA)’ bagi vaksin mereka.

Langkah itu dilakukan selepas ujian berskala besar menunjukkan vaksin itu 95 peratus berkesan melawan COVID-19 dan tidak menyebabkan kesan sampingan serius.

Jika diluluskan EMA yang berpangkalan di Amsterdan, vaksin berkenaan berpotensi untuk digunakan ‘di Eropah sebelum penghujung 2020’, kata syarikat itu dalam satu kenyataan. – Berita Harian

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button