DOHA: Pertubuhan negara-negara OIC bersepakat dalam resolusi bersama pada Sabtu, menekankan bahawa umat Islam mempunyai hak eksklusif untuk bersolat di dalam masjid Al Aqsa.
OIC mengumumkan bahawa mereka telah memulakan pengantaraan diplomasi untuk mengurangkan ketegangan antara israel dan wilayah Palestin.
Ketika ini di bulan Ramadan rejim zionis telah mengepung luar masjid & menghalang rakyat Palestin yang cuba bersolat di dalam #AlAqsaMosque https://t.co/mc8BPvVVgp#PalestineUnderAttack #FreePalestine pic.twitter.com/uMu4xRBjR0
— Adli Effendy (@adlieffendy) April 9, 2023
Pada Khamis, Majlis Keselamatan PBB mengadakan sesi tergempar untuk mempertimbangkan keganasan israel terhadap jemaah Palestin di Al Aqsa minggu ini.
Mesyuarat tertutup itu telah dimulakan oleh Emiriah Arab Bersatu, wakil Liga Arab dan China, salah satu daripada lima ahli tetapnya.
Sesi itu menyusul selepas 2 hari keganasan regim israel berterusan terhadap jemaah di dalam masjid dan serangan roket semasa sambutan Paskah Yahudi.
Hari ini, rangkaian media Al-Qastal melaporkan umat Islam dilarang untuk memasuki Al-Aqsa untuk menunaikan solat subuh di dalamnya.
Ini kerana penganut yahudi mula membanjiri Dataran Al-Buraq, bersebelahan dengan Masjid Al-Aqsa, untuk meraikan Paskah.
مشاهد توثق اعتداء قوات الاحتلال على الشبان في منطقة باب الأسباط قبيل صلاة الفجر
تصوير: لطيفة عبد اللطيف pic.twitter.com/Ba2VuduAsm
— AlQastal القسطل (@AlQastalps) April 9, 2023
Resolusi OIC mengecam peningkatan serangan ganas oleh rejim israel dan pencerobohan pengganas dengan berulang kali menyerbu Masjid Al Aqsa ketika Ramadan.
“peningkatan itu memuncak dengan serangan yang kejam pada malam Ramadan ke-14 terhadap jemaah termasuk wanita dan kanak-kanak menyebabkan mereka terpaksa melaksanakan solat dan amalan sunnah di luar,” menurut kenyataan OIC.
BACA JUGA
Beraraklah ke Masjidil Aqsa & lindunginya! – Ismail Haniyeh
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia