InspirasiSemasa

Hadiah Asyraf & Afifa untuk Malaysia sempena Nuzul Quran

SEPANG: Peserta Hafazan dari Malaysia mengharumkan nama negara dalam Musabaqah Menghafaz Al-Quran di Negara Brunei Darussalam.

Usaha keras & istiqamah Muhammad Asyraf bin Amir serta Afifa Syakirah binti Mohd Radzi untuk membawa pulang kemenangan ternyata berhasil di Musabaqah Menghafaz Al-Quran beserta Pemahamannya tahun 1444H/2023M yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Brunei Darussalam bersempena sambutan Nuzul Al-Quran peringkat Negara dari 4 hingga 6 April 2023.

Muhammad Asyraf bin Amir telah mendapat tempat pertama dalam kategori hafazan 10 juzuk.

Beliau membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai bernilai 4,000 Brunei Dollar beserta piala dan hadiah iringan.

Muhammad Asyraf bin Amir

Beliau yang merupakan pelajar SMA Maahad Muar berhasrat untuk melanjutkan pengajiannya ke Darul Quran JAKIM selepas tingkatan 5.

Manakala Afifa Syakirah binti Mohd Radzi telah mendapat tempat ke-3 dalam kategori hafazan 30 juzuk.Beliau membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai bernilai 4,000 Brunei Dollar beserta piala dan hadiah iringan.

Afifa Syakirah binti Mohd Radzi

Beliau yang merupakan Mahasiswi Tahun 3 Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya telah memilih Bahasa Arab sebagai bidang pengajiannya.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi satu kenyataan, kejayaan mereka berdua telah membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa memartabatkan Al-Quran dalam kehidupan ummah selaras dengan aspirasi Negara Madani.

BACA JUGA
Nuzul Al-Quran: mukjizat agung ini akan beri syafaat di akhirat kelak

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button