
RAMALLAH : Pihak berkuasa Israel memanggil dua jururawat yang bertugas di Pusat Perubatan Kaplan untuk disoal siasat selepas mereka mengambil gambar bersama tahanan pentadbiran Miqdad Al Qawasmi yang melaksanakan mogok lapar.
Jururawat, yang merupakan warga Palestin dari wilayah yang diceroboh sejak 1948, muncul dalam rakaman gambar dan video yang menjukkan solidariti mereka terhadap Qawasmi.
Qawasmi melakukan mogok lapar selama 83 hari sebagai protes terhadap penahanan pentadbirannya tanpa sebarang tuduhan atau perbicaraan.
Dalam pada itu, pegawai Israel dan anggota Knesset mengarahkan kedua-dua jururawat tersebut dipecat serta-merta.
Keadaan Miqdad Al Qawasmi digambarkan sedang dalam keadaan kritikal dan keluarganya dan aktivis hak asasi manusia menyeru untuk tunjuk perasaan dan kempen sebagai tanda solidariti dengannya.
-AGENSI
_____________________________________
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia