Covid19KemanusiaanKerohanianSemasa

Islam hancur jika umat Islam tidak bersatu, rebut kuasa

Masa pertahankan syiar Islam

KULAI : Islam di negara ini akan hancur sekiranya umat Islam tidak bersatu dan pemimpin politik terus bercakaran mahu berebut kuasa.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, ketika ini adalah masanya untuk umat Islam bersatu terutama dalam mempertahankan agama dan meninggikan syiar Islam.

“Ini masanya, umat Islam bersatu dan buang jauh-jauh kepentingan politik,” – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Sumbangan Fidyah Kepada Anak-anak Yatim dan Miskin Dalam Jagaan Keluarga Negeri Johor di Senai, hari ini.

Turut hadir Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadot dan Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Khirul Nizam Mat Said.

Sementara itu, beliau berkata, MAINJ mengagihkan RM476,300 hasil kutipan fidyah kepada 4,763 anak yatim di negeri ini.

Jelasnya, sejak awal tahun hingga kini, Bahagian Baitulmal berjaya mengutip hasil wang amanah fidyah sebanyak RM5.3 juta melepasi sasarannya RM3 juta untuk dimanfaatkan golongan asnaf sebagai nilai tambah kepada bantuan yang sedia ada.

“Sekalipun kutipan dana zakat semakin bertambah, namun jumlah penerima bantuan semakin meningkat disebabkan kitaran tuntutan hidup yang dipengaruhi oleh ketidaktentuan sosioekonomi semasa antaranya pandemik Covid-19, kesan ekonomi global dan peningkatan kos sara hidup.”

“MAINJ adalah antara badan berkanun yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri bagi menyelaras, menyelenggara serta memberikan bantuan kepada golongan daif termasuk daripada sumber hasil bayaran fidyah umat Islam di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, pungutan fidyah dikelolakan menerusi kaunter zakat di seluruh negeri dan disimpan dalam sebuah akaun Khas Fidyah di bawah kelolaan Bahagian Baitulmal MAINJ sebelum diagihkan kepada golongan fakir dan miskin.

Katanya, di Johor, anak-anak yatim memiliki rumah perlindungan yang dikendalikan badan kebajikan bukan kerajaan bagi memastikan kehidupan mereka terbela.

Sebanyak sembilan pusat penjagaan atau dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam di semua daerah menjadi tumpuan dan sandaran kepada keluarga yang tidak mampu menanggung mereka, ujarnya.

  • MAPIM mempunyai hasrat sama untuk membantu ummah, terutama yang terkesan akibat Covid-19.

2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:

WWW.BANTUUMMAH.COM

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button