ANTAKYA : Tujuh orang lagi telah diselamatkan lapan hari selepas gempa bumi besar melanda Turkiye dan Syria.
Antara yang ditemui pada Selasa lalu ialah Muhammed Cafer, 18, yang kelihatan menggerakkan jarinya ketika dia diangkat dari runtuhan di Kahramanmaraş, Turkiye, Muhammed Yeninar, 17, dan abangnya Baki, 21, ditemui masih hidup di wilayah yang sama.
TRT Haber Turkiye melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun juga telah ditarik hidup-hidup dari runtuhan di wilayah Hatay selatan, 205 jam selepas gempa bumi yang diikuti dengan gegaran susulan kuat, melanda awal pagi Isnin.
Rescue teams saved two brothers — 17-year-old Muhammed Enes Yeninar and 21-year-old Baki Yeninarn — after they survived 198 hours under rubble in quake-hit Kahramanmaras#TurkiyeQuakes pic.twitter.com/W7Z17C3rk8
— TRT World (@trtworld) February 14, 2023
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, gempa kali ini merupakan bencana alam terburuk dalam 100 tahun di 53 negara di rantau Eropah serta harapan untuk mencari mangsa yang terselamat semakin berkurangan.
Namun, kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan walaupun agak perlahan kerana terdapat beberapa halangan seperti cuaca yang semakin sejuk.
Angka korban juga kini semakin meningkat kepada 41,000 orang sejak gempa bumi pada Isnin, 6 Februari yang lalu.
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia